Wednesday, October 20, 2010
Bantu Sabariah Cari Anaknya Yang Hilang...
Ibu kepada gadis yang hilang, Sabariah Mansor, 42. menetap di Ceneh Baru, Kemaman merayu orang ramai mengenali atau mengetahui di mana anaknya Rozaliya Mat Lazim berada segera menghubunginya di talian 019-9418016 atau 019-9178016 atau mana-mana balai polis berdekatan.
Rozaliya, 20, dilaporkan hilang ketika membeli barangan persiapan perkahwinan bersama tunangnya, pada 13 Oktober lalu. di Kuantan.
Menurut laporan akhbar semalam, sebelum kehilangannya Rozaliya dan tunangnya sering berhubung melalui SMS dan ketika berada di Kuantan, Rozaliya ada menghantar dua SMS kepada tunangnya berbunyi ‘ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya
Pasangan itu dijangka berkahwin pada 12 November depan.
Gadis terbabit, sebelum itu dikatakan keluar dari rumahnya di No 21, Peringkat Satu, Bandar Ceneh Baru di Kemaman, bersama tunangnya, Mohd Helmi Mohd Noor, 24, untuk membeli kelengkapan majlis perkahwinan mereka kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu.
Sabariah ketika ditemui di rumahnya di kelmarin, berkata pada hari itu anak gadisnya yang memakai blaus hitam dan jeans gelap, menaiki kereta tunangnya untuk ke bandar Kuantan.
Katanya, selepas membeli-belah di kedai peralatan pengantin berhampiran Pasar Kuantan, Mohd Helmi meminta kebenaran Rozaliya untuk pulang ke pejabat seketika kerana ada urusan penting untuk diselesaikan.
Sabariah berkata, Mohd Helmi meminta Rozaliya menunggunya di sebuah pasar raya besar berhampiran tempat mereka membeli-belah dan akan menjemputnya sekembali dari pejabat kira-kira jam 3 petang hari itu.
Dia berkata, mereka berbalas SMS dan dua SMS terakhir kepada tunangnya berbunyi ‘ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’.
Katanya, selepas itu Rozaliya tidak dapat dihubungi dan tunangnya berusaha mencarinya di beberapa kedai berhampiran termasuk di pasar raya tempat mereka membeli-belah sebelum itu sehingga jam 6 petang.
“Helmi menghubungi kami memaklumkan kehilangan Rozaliya dan kami sekeluarga bergegas ke bandar Kuantan untuk mencari Rozaliya tetapi sehingga jam 11 malam masih juga gagal menemuinya,” katanya.
Menurut Sabariah, mereka mengambil keputusan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, kira-kira jam 12 tengah malam hari sama.
Harian Metro
No comments:
Post a Comment