Wednesday, October 13, 2010

Selangkah ke Universiti Malaysia Terengganu

Ahmad Shabery Cheek (tengah) diiringi Naib Chanselor UMT, Prof. Dr. Aziz Deraman (dua dari kiri) dan Toh Puan Sharifah Ismail (kanan) bermesra dengan sebahagian pelajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), kelmarin.
Seramai 200 pelajar tingkatan empat dari kawasan parlimen Kuala Terengganu, Marang, Kemaman dan Besut menyertai Program Selangkah Ke Universiti (PSKU) di Universti Malaysia Terengganu (UMT) di Kuala Terengganu, kelmarin.

PSKU anjuran bersama Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri (Bakti) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) itu disasarkan kepada pelajar tanpa ahli keluarga lain pernah belajar di institusi pengajian tinggi dan berpotensi untuk berjaya.

Perasmian program sehari itu disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek yang juga Menteri Mentor UMT di kampus UMT petang ini.

Wakil Bakti, Toh Puan Sharifah Ismail ketika berucap pada majlis itu berkata, PSKU bertujuan merangsang pelajar agar mempunyai hala tuju selepas menamatkan persekolahan kelak.

''Bakti bersama pihak kementerian akan memperluaskan program ini keseluruh negara melalui kerjasama 14 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk meningkatkan kesedaran pelajar.

Katanya, program yang dimulakan di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan UMT menjadi pilihan sebagai universiti pilihan di Pantai Timur.

Menurut beliau, Bakti menyasarkan 3,000 pelajar dari 122 sekolah seluruh negara untuk mengikuti program ini kelak.

Jelasnya, melalui pengalaman sehari di kampus, para pelajar diberi motivasi dan didedahkan tentang keunikan UMT dan suasana pengajian di kampus supaya dapat belajar dengan lebih tekun serta memasang cita-cita dan impian untuk menjejaki menara gading.

Program itu diisi dengan sesi ceramah oleh pensyarah Fakulti Pengurusan dan Ekonomi UMT, Dr. Abdullah Mohamed, sesi bersama pemimpin dan lawatan bersama warga pelajar dan kakitangan UMT.

Kata beliau, proses penerapan dan pendedahan kampus sesuai dengan bertujuan mereka dapat mengenali kehidupan sebagai pelajar universiti dimasa akan datang.

Katanya, Bakti dan IPTA berusaha untuk meningkatkan kesedaran pelajar dengan memberikan gambaran lebih jelas keadaaan persekitaran pembelajaran di pusat pengajian tinggi.

Katanya, program yang strategik ini juga melibatkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPTA yang terpilih dan langkah ini secara tidak langsung akan menggalakkan pelajar untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan.

Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment