Monday, November 22, 2010

10,000 kemeja-T, Topi Percuma Untuk Peminat

Wan Hisham (dua dari kiri) meneliti kemeja-T yang akan diberikan secara percuma kepada orang ramai.

Sempena Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun 2010 di Ri Raz Heritage Marina Resort dan Spa, Pulau Duyong, Kuala Terengganu pada 30 November sehingga 5 Disember ini, orang ramai yang berkunjung berpeluang mendapat kemeja-T dan topi yang tertera Monsun secara percuma di bangunan Marina.

Pengarah T-Best Events, Datuk Wan Hisham Wan Salleh berkata, sejumlah 10,000 helai kemeja-T dan 10,000 topi disediakan untuk diberi kepada orang ramai yang datang menyaksikan kejohanan edisi kali ini di Pulau Duyong.

Beliau berkata, sejumlah RM350,000 dibelanjakan T-Best untuk menyediakan baju dan topi itu, setiap penerima perlu mengisi borang sebelum diberikan kedua-dua barangan berkenaan.

“Saya berharap penduduk di Terengganu datang beramai-ramai menyaksikan kejohanan berprestij disertai jaguh kapal layar dari seluruh dunia dan juga wakili Malaysia,” katanya.

Wan Hisham berkata, T-Best juga akan membahagikan baju bersama topi kepada orang ramai sempena pertandingan kereta kawalan jauh yang diadakan di Terengganu Equtrian Resort (TER) di Kuala Ibai pada 26 November ini.

Beliau berharap dengan pembahagian baju dan topi Moinsun pada tahun ini, kejohanan kapal layar dijangka mendapat sambutan menggalakkan terutama penduduk Terengganu dan juga pelancong.

No comments:

Post a Comment