Di samping menggesa pakatan itu mengambil iktibar daripada kegagalan PAS

"Pada pilihan raya 1999, PAS tidak pernah menduga akan berkuasa di Terengganu, tapi ia mencapai kemenangan besar 28-4 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri.
"Pada pilihan raya umum 2004, PAS tidak menyangka akan hilang kuasa di Terengganu, tapi ia kalah 4-28 kerusi kepada Umno dan Barisan Nasional.
"Oleh itu, Pakatan Rakyat perlu belajar daripada sejarah," katanya ketika merasmikan Konvensyen Ke-16 DAP Selangor di Petaling Jaya, semalam.
Beliau berkata konvensyen itu penting kerana ia membantu menentukan sama ada pakatan pembangkang di Selangor mampu mengulangi atau mengelak kejadian yang pernah berlaku di Terengganu itu pada pilihan raya umum akan datang.
Lim juga menyeru anggota perwakilan ke konvensyen itu memberi sokongan kepada wakil DAP dalam Kerajaan Selangor sebagai tanda perpaduan.
Pakatan pembangkang adalah sebuah pakatan longgar antara DAP, Parti Keadilan Rakyat dan PAS.
No comments:
Post a Comment