Friday, December 24, 2010

Apabila Anak Jururawat, Kakitangan Hospital Positif Dadah...

Seorang Pembantu Perawatan Kesihatan dan anak lelaki seorang jururawat yang bertugas di sebuah hopital daerah antara 164 yang ditahan dalam operasi polis, awal pagi kelmarin.

Suspek pertama, 33 tahun yang difahamkan sudah beberapa tahun bertugas di hospital daerah itu ditahan dalam satu serbuan oleh sepasukan polis narkotik di rumahnya dekat Jalan Bunga Raya, Sura kira-kira jam 3 pagi kelmarin.

Suspek yang baru sahaja menimang cahaya mata kedua hasil perkahwinan dengan isterinya, seorang suri rumah itu didapati positif dadah setelah menjalani pemeriksaan air kencing.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan di Jalan Kenanga, seorang remaja 16 tahun lelaki, difahamkan anak seorang jururawat di hospital daerah turut ditahan kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan terbabit dan kedua-dua suspek ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 sebelum dilepaskan dengan jaminan polis sementara menunggu laporan ujian air kencing untuk proses pendakwaan di mahkamah.

1 comment:

  1. budak2 sekarang memang tak fikirkan masa depan.. rosak masa depan kerana DADAH!!!

    ReplyDelete