“Saya harap dia pulang dan sedia memaafkan segala kesalahannya,” itulah kata-kata seorang ibu, Kelsom Abdullah, 61, dari Jalan Pulau Musang, Kampung Kubang Terap, Kuala Terengganu.
Kelsom meminta orang ramai yang mengetahui di mana anaknya berada supaya menghubunginya di talian 013-9296134 atau 014- 8451572.
“Saya tidak menyangka dia sanggup mengikut rakan dan meninggalkan kami sekeluarga tanpa khabar berita,” kata Kelsom.
Menurutnya, dia menyedari kehilangan anak perempuannya, Noor Zilawati Omar, 19, kira-kira jam 8 pagi 29 Mac lalu sebaik terjaga daripada tidur dan menemui nota yang ditinggalkan anaknya itu di hujung kakinya.
“Saya bimbangkan keselamatannya dan pelbagai usaha dibuat termasuk mencari di rumah rakan karibnya dan menghubunginya melalui telefon, tetapi gagal,” katanya.
Menurutnya, dia membuat laporan kehilangan anaknya itu di Balai Polis Kuala Terengganu, 3 April lalu.
No comments:
Post a Comment