Monday, December 27, 2010

Dua Beradik Cedera Ditetak Lelaki Amuk

Dua beradik cedera di tangan akibat ditetak dengan pedang samurai oleh sekumpulan lelaki yang tiba-tiba mengamuk, ketika mengunjungi sebuah rumah di Kampung Jeram, Manir, Kuala Terengganu, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, kumpulan lelaki berkenaan dikatakan mengetuk pintu rumah keluarga mangsa sebelum pintu dibuka seorang ahli keluarga mereka dan dimaklumkan tujuan kedatangan kumpulan terbabit ke rumah itu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin, berkata sekumpulan lima lelaki mendakwa ingin mencari seseorang di rumah itu, bagaimanapun penghuni rumah itu memaklumkan orang yang dicari mereka tiada di rumah berkenaan.

No comments:

Post a Comment