Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Syazrul Izat Fauzi, 18, dan Wan Mohd Asyraf Wan Zali, 22, maut di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangi terbabas ke kiri jalan, sebelum melanggar pokok.
K

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, motosikal dinaiki mangsa gagal dikawal sebelum terbabas ke kiri jalan lalu melanggar pokok, menyebabkan kedua-dua mereka parah.
“Kita difahamkan, ketika kejadian kedua-dua mangsa yang berasal dari Tumpat dalam perjalanan balik ke kolej mereka di Kemaman selepas menghabiskan cuti umum sempena perayaan Hari Natal,” katanya.
"Siasatan awal kita mendapati, tiada perlanggaran antara kenderaan dinaiki mangsa dengan kenderaan lain, sebaliknya motosikal dinaiki mereka terbabas dan melanggar pokok berdasarkan kesan kemalangan," katanya.
Dahlan berkata, mayat kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini sebelum jenazah dituntut keluarga masing-masing.
No comments:
Post a Comment