Skipper tunggal negara di Piala Monsun, Jeremy Koo (Koo Racing Team-Evernew) memiliki perancangan besar untuk berlayar sepenuh masa dalam Jelajah Match Racing Dunia (WMRT), musim depan tetapi perlu mencari penajaan sekitar AS$100,000 (RM310,000) untuk berbuat demikian.
Sungguh pun memenangi Kejohanan Match Racing Malaysia (MMRC), Jeremy mendapati dirinya ‘lemas’ berdepan saingan juragan lebih terkemuka dalam Piala Monsun, apabila gagal mencatat sebarang kemenangan dalam pusingan round robin 11 perlumbaan itu.
Jurumudi berusia 29 tahun itu menyedari match racing bukan sukan popular dalam negara ini, meskipun ia kian mendapat pendedahan dan berdepan masalah mencari penaja besar.
“Sudah tentu, saya mahu berlumba sepenuh masa dalam WMRT tetapi untuk berbuat demikian, saya memerlukan minimum AS$100,000 untuk mendapat peluang layak bagi setiap perlumbaan. Saya juga perlu bersaing dalam acara lebih kecil untuk menimba pengalaman,” kata Jeremy, yang tewas semua 11 perlawanannya di Piala Monsun.
“Ia mungkin sukar untuk mencari jumlah sebanyak itu tetapi saya berpuas hati dengan jumlah lebih kecil dan acara lebih kecil. Perkara utama adalah untuk menimba lebih pengalaman.
“Seperti yang saya nyatakan, jurang antara pelayar sepenuh masa dan sambilan seperti saya, Phil Robertson (New Zealand) WAKA Racing dan Keith Swinton (Australia) Black Swan Racing adalah besar. Itulah sebab mengapa kami menamatkan semua saingan dalam tempat ketiga tercorot.”
Piala Monsun yang berakhir kelmarin, menyaksikan Ben Ainslie, 33 dari TEAMORIGIN dinobatkan sebagai juara dunia WMRT selepas muncul juara di Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

No comments:
Post a Comment