Tuesday, December 14, 2010

Pak Su Sempat Dilawati MB Sebelum Meninggal

Menteri Besar sebaik tiba di rumah Allahyarham Abdul Razak Mohd di Kampung Merbau Patah, Kuala Terengganu. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.

Ajal dan maut di tangan tuhan. Hanya selang beberapa minit Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said meninggalkan rumah pesakit strok, Abdul Razak Mohd, 69, Allahyarham kemudiannya menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga terdekat di rumahnya, di Kampung Merbau Patah, Kuala Terengganu, petang semalam.

Datuk Seri Ahmad Said terpanggil ke rumah Allahyarham selepas melihat kisah malang yang menimpa Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Pak Su Tok Mudim yang memerlukan bantuan akibat serangan strok kira-kira dua bulan lalu, yang tersiar dalam sebuah akhbar harian.

Pada kunjungan yang turut disertai pemimpin setempat, Menteri Besar yang sempat berbual dan bersalaman dengan Allahyarham sebelum itu, berjanji untuk membantu meringankan bebanan mangsa yang dijaga isteri, Bunga Mamat, 56 dengan dibantu anak perempuannya.

Menteri Besar turut menyampaikan bantuan susu khas dan lampin pakai buang untuk kegunaan Pak Su Rashid. Allahyarham bagaimanapun tidak sempat menggunakan peralatan itu selepas didapati tidak sedarkan diri dan meninggal dunia sejurus kemudian.

Jenazah dijangka dikebumikan selepas solat Asar semalam.

Unit Komunikasi Negeri

No comments:

Post a Comment