Monday, December 27, 2010

Terima Kasih Datuk Mohd Shukri, Selamat Bertugas di Perak

Bekas Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner 1, Datuk Mohd Shukri Dahlan mengunjungi Menteri Besar baru-baru ini.

Ketua Polis Terengganu, Senior Asisten Komisioner 1 Datuk Mohd Shukri Dahlan dijadualkan menyerahkan jawatan kepada Senior Asisten Komisioner 1 Datuk Jamshah Mustafa daripada Unit Pengurusan dan Latihan Persekutuan, Bukit Aman berkuatkuasa hari ini (27 Disember 2010).

Beliau akan bertugas di Perak sebagai Ketua Polis negeri itu yang baru.

Mohd Shukri mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Terengganu yang memberi sokongan sepanjang menjalankan tugas di Terengganu.

Beliau memuji langkah kerajaan negeri yang telah melancarkan kelab permotoran Terengganu sehingga telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada belia Terengganu yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd.Najib di Stadium Tertutup Gong Badak.

“Kerajaan negeri menerima baik pandangan serta memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melahirkan remaja Terengganu bebas daripada gejala sosial yang tidak bermoral,” katanya kepada media Rabu lalu(22 Dis 2010).

Pada satu majlis di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu baru-baru ini, beliau melahirkan rasa gembira apabila empat buah balai polis di Terengganu menerima anugerah ‘Big League Table’ kelolaan Kementerian Dalam Negeri Malaysia.

Balai Polis Manir, Cabang Tiga dan Chendering mendahului senarai bagi Kuala Terengganu serta Balai Polis Chukai dari daerah Kemaman. “Big League Table menjadi pengukur kecemerlangan anggota polis dalam menjalankan tugas,” katanya lagi.

Beliau berharap balai polis baru akan dibina di Manir bagi menggantikan balai polis sedia ada.

No comments:

Post a Comment