Sunday, January 2, 2011

33 Mangsa Banjir Di Kampung Cacar Dibenarkan Pulang

Keadaan banjir di Kampung Cacar, Paka, Dungun beransur pulih apabila 33 orang daripada 69 mangsa dibenarkan pulang petang semalam.

Pegawai Kebajikan Daerah Dungun Wan Zabariah Wan Harun berkata, "Sekiranya keadaan bertambah baik, semua mangsa akan dibenarkan pulang lewat petang atau malam ini".
katanya hujan lebat masih lagi turun sekali-sekala di kawasan Paka, semalam.'

Zabariah berkata banjir di Kampung Pasir Raja juga telah kembali pulih petang ini dan seramai 60 mangsa yang menumpang di rumah sanak saudara dibenarkan pulang.

Beliau bagaimanapun menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati memandangkan cuaca tidak menentu.

No comments:

Post a Comment