Monday, January 17, 2011

Ketua Balai Polis Paka Jalani Latihan Di Australia

Empat ketua balai polis cemerlang berlepas ke Australia semalam untuk menjalani latihan sambil belajar selama dua minggu di dua balai polis di Melbourne.

Lawatan mereka dibiayai oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan diadakan dengan kerjasama polis Victoria, Australia, yang bertujuan mendedahkan mereka kepada standard kepolisan di negara itu, terutamanya pendekatan kepolisan kemasyarakatan, menurut kenyataan yayasan berkenaan semalam.

Keempat-empat ketua balai polis cemerlang tahun 2006, 2007 dan 2009 ialah ASP Ahmad Hisyam Mohamed Sawi dari Balai Polis Bercham, Perak, Sarjan Mohd Taha Johan (Balai Polis Tengkera, Melaka), Cif Inspektor Mahadi Hussin (Balai Polis Paka, Terengganu) dan Sarjan Mejar Abdul Latif Deraman (Balai Polis Batu Gajah, Melaka).

Mereka diiringi oleh pegawai yayasan Abdul Aziz Ariffin.

Kenyataan itu turut menyebut dua daripada mereka masing-masing ditempatkan di Balai Polis Melbourne Barat dan Balai Polis Melbourne Timur dan semasa di sana mereka juga berpeluang menghadiri upacara tamat latihan rekrut Akademi Polis Victoria di Melbourne pada 25 Jan.

Mereka juga akan diberi pendedahan di Akademi Polis Victoria dengan menghadiri kuliah oleh 'Youth Advisory Unit Recruits and Multicultural Unit' selain melawat Melbourne City Council dan mendalami konsep bandar selama di sana.

1 comment:

  1. Salam....

    Tahniah kpd mereka semoga kembali dgn perkhidmatan yg lebih cemerlang....Amin...

    ReplyDelete