Thursday, January 27, 2011

MB Harap Anuar Manan & Rakan Unggul di LtDL

Kerajaaan negeri tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kepada Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG) pada perlumbaan peringkat keempat semalam, iaitu zon pendakian kerana zon itu bukan menjadi kegemaran pelumba TSG walaupun masih mengharapkan keajaiban.

Beliau bagaimanapun tetap bangga dengan kejayaan menduduki tempat kedua peringkat ketiga Le Tour De Langkawi (LTdL) 2011, walaupun julung kali menyertai kejohanan tersebut.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad semalam melahirkan rasa kagum dan terharu dengan kejayaan itu turut menaruh harapan agar Raja Pecut, Anuar Manan dan rakan sepasukan, Mohd Harif Salleh terus mengungguli serta sentiasa berada di kedudukan teratas dalam kejohanan itu.

“Sebenarnya, anak kelahiran Terengganu ramai yang berbakat dalam bidang sukan, bukan sahaja dalam perlumbaan basikal malah dalam acara-acara lain dan pernah dibuktikan dalam Sukan Malaysia (Sukma) sebelum ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusi Mesyuarat Mingguan Ahli-Ahli Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman (WDI), Kuala Terengganu, semalam.

Pada acara LtDl semalam, pasukan pelumba Asia Takeaki Ayabe meluru pada 500m terakhir sebelum ke garisan penamat di Tanah Rata di Cameron Highlands untuk memenangi peringkat ini.

Cuaca yang sejuk dan hujan yang menyebabkan laluan itu licin membuatkannya agak berhati-hati.

Beliau menghabiskan laluan 137.6km dari Ayer Tawar, Perak ke Cameron Highlands dalam masa tiga jam, 42 minit dan 15 saat.

"Sebenarnya saya mahukan keputusan yang baik pada pertandingan bukit. Bagaimanapun, saya sangat gembira untuk memenangi peringkat ini hari ini.

"Saya di kedudukan ke-10 (selepas pertandingan KOM lepas). Selepas kita menuruni bukit, jalan itu licin dan berbahaya. Saya berada agak jauh daripada penunggang di hadapan tetapi mampu mengejar mereka. Saya sangat gembira saya boleh lakukan pecutan yang baik dan berada di hadapan tujuh penunggang lain," kata beliau.

Di samping memenangi pertandingan peringkat ini, Ayabe juga merampas jersi kuning daripada Andrea Guardini dari Farnese Vini-NeriSottoli selepas mengumpulkan 12 jam, 26 minit dan 17 saat.

Dengan kemenangan pada peringkat ini juga, menyaksikan Ayabe merampas jersi putih daripada Penunggang Pro Asia Terengganu Anuar Manan kerana pendahulu dalam pertandingan penunggang Asia.

Mengenai pendakian akan datang dari Tapah, Perak ke Genting Highlands esok, Ayabe berkata beliau akan mencuba nasibnya sekali lagi dan memberikan pencapaian semaksimumnya.

Sungguhpun beliau tidak memenangi sebarang mata pada pertandingan hari ini, Guardini mengekalkan jersi biru dengan 51 mata.

"Hari ini, peringkat pendakian dan saya tidak mampu mengatasinya. Esok lagi sukar dan kerana peringkat tidak jauh, saya harap untuk menamatkan pendakian itu," kata Guardini.

Jersi merah sekali lagi bertukar tangan dan kali ini kepada penunggang dari Iran, Rahim Emami, daripada Pasukan Berbasikal Azad University setelah mengumpulkan 25 mata.

"Hari ini kita cuba menamatkan dalam kelompok pertama dengan beberapa rakan pasukan. Setelah peloton datang bersama menuruni bukit, jalan itu sangat licin. Saya harap kita boleh membuat keputusan yang lebih baik di Genting Highlands esok," kata beliau.

Mengikuti rapat beliau ialah Albert Timmer dari Pasukan Berbasikal Skil Shimano dari Belanda dengan 21 mata dan Jonnatha Monsalve daripada Androni Giocattoli, Venezuela dengan 20 mata.

Peringkat 5 Khamis dari Tapah ke Genting Highlands mengandungi tiga zon pecutan di Sungkai, Slim River dan Tanjung Malim, Perak sebelum memasuki pendakian yang sukar pada perlawanan kemuncak yang paling tinggi, Genting Higlands dengan 1,679.4km di atas paras laut.

No comments:

Post a Comment