Thursday, January 6, 2011

Mangsa Banjir di Terengganu Meningkat

Keadaan banjir di Terengganu malam ini bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 692 orang daripada 65 keluarga berbanding 144 orang petang tadi.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri berkata, sehingga pukul 8 malam ini seramai 414 orang daripada 210 keluarga di Hulu Terengganu dipindahkan berbanding 52 orang petang tadi.

Mukim-mukim yang terlibat dengan banjir di Hulu Terengganu ialah Hulu Telemong, Hulu Berang dan Bukit Diman, katanya ketika dihubungi di sini.

Di Setiu pula, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat kepada 259 orang membabitkan 65 keluarga berbanding 92 orang daripada 28 keluarga sebelum ini.

Jurucakap itu berkata, di Kemaman 19 orang daripada lima keluarga di Padang Kubu dipindahkan ke pusat pemindahan petang ini.

Sebanyak 14 pusat pemindahan dibuka sehingga pukul 8 malam ini iaitu sembilan di Hulu Terengganu, satu di Kemaman dan empat di Setiu, katanya.

Sejak jam 9 pagi ini, bacaan air di dua tempat sukatan banjir di daerah Besut sudah melepasi paras berjaga-jaga dengan paras air di Sungai La ialah 17.55 meter (melepasi paras berjaga-jaga 17.20 meter) dan di Jambatan Jerteh ialah 7.75 meter (melepasi paras berjaga-jaga 7.30 meter).

Pagi ini, jalan di sekitar daerah Besut masih boleh dilalui walaupun di sesetengah tempat antara Seberang Jerteh dan Kuala Besut air telah melimpah ke jalan.

Hujan turun sepanjang hari ini dan sehingga jam 5.30 petang ini di beberapa daerah, hujan turun tidak henti-henti.

Tiga daerah di Terengganu mula dilanda banjir musim tengkujuh yang menyaksikan ratusan keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan banjir mulai semalam.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri berkata sehingga pukul 9 pagi ini, lima pusat pemindahan telah dibuka iaitu empat di Hulu Terengganu dan satu di Setiu.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir di Ibupejabat Polis Daerah Besut berkata penduduk terlibat mula dipindahkan ke Masjid Kampung La mulai pukul 8 malam tadi.

Menurutnya, mangsa yang terlibat terdiri daripada 20 orang dewasa dan 17 kanak-kanak.

Bagaimanapun, katanya, mereka dijangka akan pulang ke rumahnya sekiranya air terus surut dalam masa yang terdekat.

4 comments:

  1. Elok tanya lah pada Yang Bungul Azizan Razak. Mesti dia jawab di Terengganu ada projek landasan berkembar. Sebab tu banjir.

    ReplyDelete
  2. mimview.blogspot.com

    mohon link di blog tuan. segala kerjasama diucapkan ribuan terima kasih..

    syukur... hujan dah behenti sepenuhnya di kuala treganu sekarang...1.00a.m.

    ReplyDelete
  3. ade org kate bandar baru kijal juga bakal di tenggelami air satu mase kelak...katanya banyak kesilapan teknikal berlaku ketika pembangunannya....betul ker?

    ReplyDelete