Seramai 38 orang pelajar Terengganu yang belajar di beberapa universiti di Mesir tiba di Kuala Terengganu kira-kira jam 6.30 petang semalam (9 Februari 2010
Kebanyakan mereka adalah pelajar perempuan.
Pelajar Terengganu ini di bawah tajaan pelbagai agensi, termasuk Maidam, MARA, JPA dan persendirian tiba di perkarangan Wisma Darul Iman di sambut oleh Exco Kerajaan Negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman, mewakili Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.
Ahmad Razif kemudian makan petang bersama pelajar
Hadir sama Pengarah Yayasan Terengganu, Haji Aziz Mamat, Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Rosli Zakaria, Ketua Pegawai Esekutif Maidam, Haji Wan Harujan Sulaiman dan pegawai Yayasan Terengganu.
Mereka melahirkan rasa syukur kerana dapat pulang ke tanahair dengan selamatnya, begitu juga dengan ibubapa yang datang menyambutnya.
Unit Komunikasi Negeri
No comments:
Post a Comment