Wan Alias menoreh getah yang kini memberi pendapatan lumayan kepadanya di Felda Belara, Kuala Terengganu semalam.
Cerita menarik mengenai penoreh gerah di dua daerah.
Kelmarin dilaporkan, kenaikan harga getah di pasaran dunia memberikan tuah kepada pemilik kebun dan penoreh getah di Hulu Besut sehingga ada yang memperoleh pendapatan sehingga RM60,000 sebulan hasil jualan susu getah.
Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Hulu Besut, Nawi Mohamad, berkata kebanyakan daripada mereka memiliki kebun antara tiga dan enam hektar seorang.
“Seorang penoreh yang mempunyai tiga hektar kebun getah memperoleh RM2,000 dalam masa tiga hari dengan menoreh di kebunnya,” katanya kelmarin.
Dengan harga pasaran antara RM8 dan RM10 sekilogram pada masa ini, ada antara penoreh yang memperoleh pendapatan RM60,000 dalam masa sebulan.
Nawi berkata disebabkan peningkatan harga getah yang mendadak di pasaran itu, ramai penoreh tidak lagi menggunakan tenaga buruh asing untuk menoreh di kebun mereka sebaliknya mengusahakannya sendiri.
Sementara di Felda Belara, kebanyakan penoreh getah yang ditemui mengakui pendapatan mereka sejak kebelakangan ini jauh lebih besar berbanding gaji sesetengah kakitangan kerajaan.
Seorang penoreh, Wan Alias Wan Muda, 37, dari Felda Belara Kuala Terengganu berkata, cuaca yang baik sejak sebulan lalu memberi peluang kepada penoreh getah sepertinya untuk meraih pendapatan tiga kali ganda lebih banyak berbanding sebelum ini.
Menurutnya, dengan harga getah di pasaran mencecah sehingga RM8 sekilogram, dia mampu meraih pendapatan bersih kira-kira RM3,500 sebulan.
“Kalau orang nak tanya berapa pendapatan saya sebulan, saya hanya boleh jawab pendapatan saya lebih besar daripada guru,” katanya.
wah! kerja 'mengadap' pokok getah sekarang lebih menguntungkan dari mengadap pelajar2 yg beribu macam karenah di sekolah!!! baik tak baik, lepas ni dapat tengok penoreh ke kebun dgn tie & kot berjenama lagi!! aduuuhhh!! tabikla abe penores!!!!
ReplyDeletesyiok tu jadi penoreh getah
ReplyDelete:D