Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Terengganu menjangka akan mengeluarkan sebanyak 3,000 metrik tan ubi keledek jenis Vitato untuk memenuhi permintaan tahun ini.
Pengarahnya Shamsuddin Mat Rani berkata sehubungan itu pihaknya akan menambah keluasan tanah untuk tanaman ubi keledek Vitato kepada 150 hektar tahun ini berbanding 62 hektar tahun lepas.
"Tahun lepas kita hanya berjaya mengeluarkan hasil sebanyak 820 metrik tan sahaja dan ia tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan," katanya di Kuala Terenggany, hari ini.
Shamsuddin berkata bagi mencapai matlamat itu, LPP akan memperkenalkan pengurusan ladang ubi Vitato secara mini estet dan tidak menggalakkan lagi ia ditanam secara bersendirian seperti sebelum ini.
Beliau berkata tumpuan utama akan diberikan di Besut dan juga Setiu yang menjadi pengeluaran utama ubi Vitato di Terengganu setakat ini.
Dalam hal ini, Shamsuddin berkata agensi-agensi kerajaan seperti Mardi dan Jabatan Pertanian akan bekerjasama dan akan mengawasi penanaman ubi Vitato supaya hasilnya baik.
LPP pula akan menambah kemudahan jentera ladang seperti alat membatas, menanam dan menuai demi untuk mempertingkatkan lagi hasil pengeluaran, katanya.
Shamsuddin berkata LPP telah membina sebuah kilang memproses ubi Vitato bernilai kira-kira RM4.7 juta di Besut yang dijangka siap sepenuhnya Jun ini.
Katanya Pertubuhan Peladang Kawasan juga akan menyediakan pinjaman kepada peserta-peserta projek ubi Vitato.
wahhh...bestnye
ReplyDeletekite mmg suke mkn keledek...
TAHNIAH LPP Terengganu...
MAJU TERUS MAJU...