(Ekslusif) Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pagi semalam mengadakan mesyuarat tergempar dengan polis, Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta pihak-pihak berkaitan dengan pengawasan lombong bijih di Bukit Besi di Wisma Darul Iman .
Tujuannya adalah mencari satu pendekatan membolehkan mereka yang disyaki terbabit dalam kejadian kerugian bijih di Bukit Besi dapat didakwa.
Menurut sumber, Menteri Besar mengulangi kemarahan dan hasratnya mengheret mereka yang terbabit ke muka pengadilan kerana harta negeri itu milik rakyat.
Ahmad Said memberitahu mesyuarat, mereka yang melakukan perbuatan itu dijamin tidak terlepas.
Kelmarin Menteri Besar menunjukkan kemarahan apabila menganggap pegawai kerajaan yang ditugaskan bagi ‘melindungi’ kawasan itu bagaikan ‘harapkan pagar, pagar makan pagi’.
Teganuku semalam melaporkan Ahmad Said berikrar akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat.
Teganuku juga menyebut ketika melawat kawasan berkenaan pada Januari dan Ogos tahun lalu, Ahmad Said turut berang kerana kejadian kerugian yang sudah berlaku bagaikan tidak boleh dikawal.
Beliau sebelum ini sudah meminta PTG Daerah Dungun dan beberapa pejabat lain berkaitan menjamin kawasan lombong Bukit Besi dijaga rapi kerana bijih besi adalah milik rakyat.
Menteri Besar tidak dapat menahan kemarahan ketika melawat kawasan itu sekali lagi tengah hari semalam dan perkara yang sama diulangi ketika berucap pada majlis penyerahan E-Book kepada murid tahun lima Dun Bukit Besi di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besi petang semalam.
Menurut satu sms yang diterima teganuku, Menteri Besar tidak dapat menerima kejadian berulang apabila arahan demi arahan dikeluarkan sebelum ini bagaikan tidak diambil paduli pegawai yang diamanahkan.

Antara kawasan yang dipercayai menjadi tepat mencuri bijih.
No comments:
Post a Comment