
Pelumba Le Tua Cycling Team itu berkata selepas berpecah daripada rakan sepasukan, dia membuat persiapan untuk menuju ke garis penamat secara berkumpulan tetapi Johari Nayan menyatakan kepadanya bahawa pada jarak 30m daripada garisan itu, terdapat laluan menurun yang boleh dimanfatkannya.
"Mendengar kata-katanya itu, saya memecut terlebih dulu daripada

"Dan selepas selekoh di lampu isyarat, saya sudahpun mendahului pelumba lain untuk menuruni bukit di hadapan saya dan dengan itu, tidak perlu bersusah payah untuk menamatkan perlumbaan dan meraih kemenangan," kata Celis.
Pelumba berusia 29 tahun itu mencatat masa empat jam, 53 minit dan 14 saat untuk menghalang pelumba Terengganu Pro-Asia Cycling Team, Anuar Manan dan Mohd Hariff Salleh daripada menjuarai peringkat berkenaan.
"Perlumbaan hari ini sungguh memenatkan kerana jarak laluan yang jauh dan berbukit. Dalam jarak 30km sebelum garisan penamat, saya diserang kekejangan otot.
"Selepas dua hari perlumbaan, kami belum mencapai kemenangan untuk sebarang peringkat. Kami ke sini dengan sasaran untuk menjadi juara peringkat dan saya harap kami mencapainya pada peringkat selepas ini," kata Mohd Hariff, 23, yang mengekalkan Jersi Hi

Mohd Hariff menduduki tangga teratas kejuaraan pecut dengan mengumpul 32 mata, diikuti rakan sepasukannya, Anuar, dengan tiga mata di belakang.
Pelumba SP Tableware Pro Team, Ioannis Tamouridis dari Greece, menduduki tempat ketiga dengan 21 mata.
Jersi Kuning terus kekal di tangan pelumba Iran, Mehdi Sohrabi, walaupun dia tidak tersenarai dalam 10 pelumba teratas pada perlumbaan hari ini.
"Hari ini tidak begitu bertuah bagi saya. Saya berasa sungguh letih akibat diasak ramai pelumba. Bagaimanapun, kami yakin dengan perlumbaan esok dan tentunya keadaan pasukan saya akan lebih baik," katanya.
Pasukan Mehdi, Tab

Pelumba Jerman, Daniel Westmahelmann dari Team Eddy Merckx - Indeland, mendapat satu mata lagi di Ulu Belitong untuk membolehkannya menyimpan Jersi Merah sehari lagi.
Perlumbaan Peringkat 3 esok akan melalui kawasan pamah dari Kluang, Johor ke Kuala Rompin, Pahang, dengan jarak sejauh 158.2km, yang mengandungi tiga zon pecut dan dua zon pendakian.
No comments:
Post a Comment