Tuesday, March 8, 2011

Hujan Sekejap-sekejap Di Pantai Timur Hingga Khamis

Hujan sekejap-sekejap dan kadang kala sederhana yang berlaku di beberapa daerah di pantai timur Semenanjung mulai hari ini dijangka berterusan sehingga Khamis.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, daerah yang terbabit adalah Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas dan Tumpat di Kelantan manakala di Terengganu melibatkan daerah Kuala Terengganu, Setiu dan Besut.

"Keadaan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah dan berdekatan tebing sungai," kata jabatan tersebut dalam satu kenyataan.

Ia juga meramalkan angin kencang Timur Laut selaju 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak setinggi 3.5 meter dijangka berlaku di perairan Condore, Reef North dan Layang-Layang mulai esok hingga Ahad.

Keadaan sama turut dijangka berlaku di perairan Samui (Kelantan dan Terengganu), Tioman (Johor Timur dan Pahang), Sarawak (Kuching, Mukah, Bintulu dan Miri), Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat), Wilayah Persekutuan Labuan, Reef South, Bunguran dan Palawan.

No comments:

Post a Comment