Kelmarin (Sabtu, 12 Mac 2011) beliau besama isteri, Toh Puan Seri Norliza Mahmud berkunjung menemui penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri, Sura, Dungun.
Sempena dengan lawatan itu, Menteri Besar telah menemui golongan tua dan uzur, memberi bantuan kerusi roda, membaiki atap rumah golongan miskin, menyampaikan anugerah dan bantuan pakaian sekolah serta komputer kepada pelajar, melawat pantai Teluk Lipat dan bermesra dengan golongan belia melalui perlawanan futsal.
Sempena dengan pendekatan 1 Malaysia, Menteri Besar turut bertemu dan bermesra dengan masyarakat Tionghua di kawasan berkenaan.
Mengiringi beliau ialah Pegawai Pembangunan DUN Sura, Datuk Dr.Rosli Mat Hassan yang juga Ketua Umno Bahagian Dungun, wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam Parlimen Dungun dan saf kempimpinan Parlimen/Bahagian Dungun.
Rakyat gembira dan bangga memperolehi pemimpin yang berjiwa rakyat dengan meletakkan kepentingan dan keutamaan rakyat mengatasi kepentingan yang lain berkonsepkan “Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan”.
No comments:
Post a Comment