Sunday, March 13, 2011

Vidal Celis rangkulkemenangan kedua

Pelumba Le Tua Cycling Team, Vidal Celis melakar kemenangan kedua pada Jelajah Malaysia (JM) 2011 apabila menjuarai peringkat kelima sejauh 221 kilometer dari Pekan ke Bentong semalam, iaitu peringat ter panjang dalam perlumbaan ini.

Najib Tun Abdul Razak (kanan) beramah mesra dengan pemenang pelumba negara, Anuar Manan (jersi kuning) dan Mohd. Hariff Salleh (jersi hijau) sebelum melepaskan perlumbaan Jelajah Malaysia di Pekan, Pahang semalam.

Pelumba Sepanyol itu sebelum ini memenangi peringkat kedua, Rabu lalu dan kemenangan semalam membawanya merampas jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan dengan masa 19 jam, 8.002 saat, mengetepikan pelumba Tabriz Petrochemical, Mehdi Sohrabi di tangga kedua dan Ioannis Tamouridis dari SP Tableware Pro Team ketiga.

Perlumbaan semalam dilepaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dataran Pekan, dan Celis melepasi garisan penamat selepas menggunakan kuasa pecutan untuk meninggalkan kelompok pelumba lain.

Sementara itu pelumba muda negara, Mohd. Hariff Salleh dari Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG) mempertahankan jersi hijau selaku Raja Pecut buat kali kelima berturut-turut, manakala jersi putih untuk pelumba terbaik Malaysia, berpindah milik daripada Anuar Manan kepada Amir Mustafa Rusli dari pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Saya tidak sangka akan merampas jersi putih hari ini tetapi saya mengutip mata bonus dengan memenangi zon pecutan ketiga,'' kata Amir Mustafa, 24.

Pelumba TSG, Mohd Shahrul Mat Amin muncul penunggang terbaik Malaysia di peringkat kelima dengan menghuni tangga keenam menerusi catatan masa 5'13:10s, manakala jersi biru untuk pelumba terbaik Asia milik Sohrabi (19'08:03s).

No comments:

Post a Comment