Monday, March 21, 2011

Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu Buka Hotel Di Ibu Negeri Terengganu

Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu akan membuka sebuah hotel di bandar raya ini bagi mengatasi masalah kekurangan tempat penginapan terutama ketika musim cuti sekolah dan perayaan.

Pengerusi Jawatankuasa Penbangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri Datuk Mohamed Awang Tera berkata T'Hotel itu akan dibuka di Kompleks Usahawan Terengganu, Banggol Tuan Muda, Manir, tidak lama lagi.

"Hotel setinggi tiga tingkat yang dibina sejak dua tahun lepas dengan kos RM25 juta itu mempunyai 90 bilik dan terletak kira-kira 16 kilometer dari pusat bandar," katanya di Kuala Terengganu, semalam.

Mohamed berkata kedudukan hotel itu yang berhampiran Lapangan Terbang Sultan Mahmud juga menawarkan alternatif bagi pengunjung yang tidak mahu menginap di tengah-tengah bandar raya ini.

Bertaraf tiga bintang, hotel tersebut turut menawarkan ruang perniagaan, pusat teknologi maklumat dan perkampungan batik.

Secara tidak langsung katanya, kewujudan hotel itu akan mempercepatkan pertumbuhan Industri Kecil Sederhana yang menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sosio-ekonomi negeri.

No comments:

Post a Comment