Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan 14 nelayan Vietnam dalam operasi berhampiran pelantar minyak Tiong Alfa kira-kira 125 batu nautika dari Kuala Terengganu Isnin.
Ketua Penguatkuasa Maritim Terengganu Kapten Maritim Adam Aziz berkata bot nelayan Vietnam itu berjaya ditahan selepas dikejar anggota penguatkuasa sejauh tiga kilometer dalam oeprasi pada pukul 8 pagi
"Kesemua lelaki rakyat Vietnam berusia antara 19 dan 38 tahun itu ditempatkan sementara di Pusat Tahanan Vesel di sini sebelum dihantar ke Penjara Marang untuk direman manakala hasil tangkapan enam tan pelbagai jenis ikan dilelong dengan harga RM1 sekilogram," katanya kepada pemberita di Pusat Tahanan Vessel Maritim di Kemaman, Selasa.
Beliau berkata bot yang dirampas bersama pelbagai kelengkapan menangkap ikan itu dianggar bernilai RM100,000.
No comments:
Post a Comment