
Malah, MPPNT yang kini diakui sebagai pendekatan holistik yang memberi keutamaan kepada aspirasi rakyat.
Pada masa yang sama, buku ini juga memaparkan kejayaan yang dicapai, Indeks Penunjuk Presatasi (KPI) yang terkini Ahmad Said sebagai bukti sokongan rakyat terhadap pentadbiran beliau.

“Buku ini menjadi wadah terbaik menceritakan pelbagai usaha dan kejayaan yang sudah dicapai yang perlu dikongsi oleh semua pihak, sekaligus menilai setiap hasil dan manfaat itu dengan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pucuk pimpinan,” katanya.
Pegawai Eksekutif Kanan Unit Komunikasi Negeri, Encik Saifuddin Mohamed,48, menyokong penuh usaha menerbitkan buku yang cukup signifikan sebagai bahan berguna yang dapat menyampaikan maklumat kepada umum mengenai prestasi kerajaan negeri dalam tempoh tiga tahun.
“Penerbitan buku ini amat signifikan dan menjadi ukuran sebenar setiap pencapaian kerajaan negeri yang berusaha merealisasikan pendekatan `Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan Negeri Terengganu’.
“Kandungannya bukan hanya menceritakan pencapaian sebelah pihak yang membuat dasar atau kerajaan negeri sahaja, malah juga kejayaan rakyat yang mendapat perkhidmatan sewajarnya daripada pembuat dasar, sama ada di peringkat negara serta antarabangsa,” katanya.
Sementara kakitangan Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Encik Mohd Shaiful Bahri Ali, 28, berkata buku ini membuktikan kejayaan yang sudah dilestarikan Menteri Besar dalam mencapai gagasan Merakyat Pentadbiran dan pembangunan Negeri Terengganu.
Katanya, `output’ buku ini juga mampu menutup pandangan negatif dan sikap segelintir pihak yang seakan-akan tidak nampak usaha dan pencapaian yang sudah dilaksanakan kerajaan, walhal tanpa sedar mereka turut sama menikmati segala kemudahan itu.
“Banyak perkara positif daripada buku tiga tahun MPPNT ini dan saya juga mahu menyimpannya sebagai koleksi peribadi dan rujukan saya apabila diperlukan kelak,” katanya.
Unit Komunikasi Negeri
No comments:
Post a Comment