

"Penurunan indeks jenayah ini telah memberi impak yang positif iaitu mengurangkan ketakutan masyarakat terhadap jenayah.
Melalui beberapa program yang dilaksanakan seperti Ops Payung, Ops Samseng Jalanan dan rondaan setiap malam, kita yakin dapat mengurangkan lagi kadar indeks jenayah di seluruh negeri," katanya.
Beliau menyatakannya pada perhimpunan bulanan polis di Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Terengganu di Kuala Terengganu, semalam.
Jamshah berkata kehadiran anggota polis yang mengadakan rondaan dan sekatan jalan raya dari tengah malam sampai ke pagi di kawasan 'panas', juga dapat mencegah jenayah dan turut membendung masalah samseng jalanan yang agak kritikal di negeri itu.
No comments:
Post a Comment