Wednesday, April 27, 2011

JPJ Terengganu Sita 668 Kenderaan

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu menyita 668 kenderaan di seluruh negeri ini atas pelbagai kesalahan sepanjang tahun lepas.

Pengarah JPJ Terengganu Abdul Rahman Emang Anyie berkata daripada jumlah itu, 399 ialah motosikal, 206 kereta, 66 lori, lima pancuan empat roda, sebuah bas dan 11 lain-lain jenis kenderaan.

Stesen Penguatkuasa (SPK) Kuala Terengganu mencatatkan penyitaan kenderaan paling tinggi dengan 429 kenderaan, diikuti SPK Air Sejuk, di sini dengan 93 kenderaan, SPK Kijal, Kemaman sebanyak 73 buah dan SPK Bukit Besi, Dungun dengan 55 kenderaan, katanya hari ini.

Beliau antara kesalahan yang dikesan ialah tidak mempunyai cukai jalan dan pengubahsuaian tanpa kelulusan.

Abdul Rahman dipetik Bernama, berkata JPJ Terengganu akan melakukan lelongan bagi 37 kenderaan (26 motosikal, sembilan kereta dan dua lori) pada 1 Jun ini bertempat di Dewan Putra, Kuala Terengganu.

Abdul Rahman berkata sebanyak 1,328 notis saman telah dikeluarkan sepanjang tahun lepas kepada pemilik kenderaan yang melakukan pelbagai kesalahan.

Sebanyak 695 notis dikeluarkan dalam tempoh Januari hingga April tahun ini, katanya.

Sementara itu dalam operasi besar-besaran di SPK Air Sejuk, semalam pihaknya mengeluarkan 10 notis saman membabitkan kesalahan menggunakan cermin gelap, ubah suai enjin dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan

No comments:

Post a Comment