Ketiadaan kelibat ketua jurulatih T-Team ketika pasukan itu menentang Kedah semalam terjawab setelah penolong jurulatih pasukan itu, Shafie Pak mengesahkan Yunus Alif direhatkan sementara waktu.
Menurutnya langkah merehatkan Yunus mungkin bertujuan meredakan keadaan berikutan tuntutan segelintir penyokong yang mahu ketua jurulatih itu dipecat manakala pengurusan dirombak berikutan prestasi hambar pasukan.
Bercakap kepada Bernama di Kuala Terengganu hari ini Shafie Pak berkata dia difahamkan Yunus kini bercuti selama seminggu.
Yunus menandatangani kontrak sebagai ketua jurulatih T-Team selama satu musim dan kontraknya bersama pasukan itu masih berbaki tujuh bulan lagi.
Katanya biarpun beraksi tanpa kehadiran ketua jurulatih, moral para pemain amat tinggi dan mereka memberikan komitmen penuh pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah semalam.
Pasukan yang berstatus kelab dari Pantai Timur itu menewaskan Kedah 3-1 pada perlawanan bola sepak Liga Super malam semalam.
No comments:
Post a Comment