Sunday, April 3, 2011

T-Team Menang, Terengganu Sekadar Seri

Pasukan T-Team meraih kemenangan menewaskan Sabah 3-0 di stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu, malam semalam.

Gol T-Team dijaringkan Mohd Haris Safwan Mohd Kamal pada minit kedua, Zairo Anuar Zailani (minit kelapan) dan Mohd Norfarhan Muhamaad (minit ke-41) (gambar kiri).

Negeri Sembilan mencatat keputusan seri 1-1 dengan Terengganu pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Seremban.

Gol tuan rumah dijaringkan Ahmad Fakri Saarani (minit kedua), manakala gol Terengganu dijaringkan Abdul Manaf Mamat (minit ke-57).

Pasukan Selangor pula merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Super Kelantan apabila meraih tiga mata penuh selepas menewaskan Pahang 2-1 di Stadium Shah Alam Sabtu malam.

Selangor kini mengumpul 17 mata iaitu sama dengan mata yang dikumpul oleh Kelantan selepas lapan perlawanan.

Pasukan bimbingan K.Devan itu yang mengawal permainan sejak babak pertama perlawanan memperoleh jaringan pertama menerusi Mohd Hardi Jaafar seawal minit kelima. Mohd Amri Hadi Yahya menjaringan gol kedua Selangor pada minit ketujuh, manakala Pahang memperoleh gol tunggal melalui S. Karthigesu pada minit ke-87.

Di Stadium Perak, Ipoh, pasukan tuan rumah yang bertemu Felda United berjaya mengunakan kelebihan bermain di tempat sendiri apabila menang tipis 1-0 melalui jaringan Akmal Rizal Rakhli pada minit ke-37.

Sementara itu, di Stadium Kuala Lumpur, pasukan Kedah menewaskan Kuala Lumpur 1-0 Kuala Lumpur.

Perlis pula seri 2-2 dengan Johor FC pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Utama, Kangar.

Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan pada minit kelapan menerusi Shahrizal Mohd Saad diikuti Mohamaed Rashid Mohamed Aya pada minit ke-20.

Tertekan dengan jaringan lawan, Perlis mengatur serangan dan memperoleh gol pertama pada minit ke-34 menerusi Azmizi Azmi dan Phul Sarkh Lom menyamakan kedudukan pada minit ke-90.

No comments:

Post a Comment