Monday, April 25, 2011

Terengganu Mahu Kekal Kejuaraan Sukma 2011

Barisan atlet bergambar kenangan pada pelancaran Kontinjen Sukma Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak, baru-baru ini.

Terengganu bertekad untuk sekali lagi muncul sebagai juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) 2011 yang akan diadakan di Putrajaya Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat berkata Terengganu mengambil inisiatif memulakan persiapan awal iaitu sebaik sahaja selesai temasya Sukma 2010 yang lalu.

Katanya persiapan rapi dilakukan untuk negeri itu mencipta sejarah mencatat kejuaraan kali ketiga berturut-turut.

"Sekarang ini semua atlet, jurulatih dan pengurus pasukan yang akan terlibat dengan Sukma 2011 mengikuti kem bina semangat untuk membakar kembali semangat juang mereka menghadapi Sukma akan datang," katanya di Kuala Terengganu, semalam.

Pada Sukma XIII di Melaka tahun lalu, Terengganu mengekalkan kejuaraan selepas meraih 47 pingat emas, 30 perak dan 43 gangsa. Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Kali pertama Terengganu muncul juara keseluruhan Sukma ketika menjadi tuan rumah temasya yang berlangsung di tempat sendiri pada 2008.

Menurutnya kira-kira 400 atlet akan terlibat dengan sebahagian besar terdiri daripada muka-muka baru.

No comments:

Post a Comment