Wednesday, May 4, 2011

Bapa tiri aniaya anak OKU

Bapa kejam!

Seorang bapa tiri yang juga guru agama masjid mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu, kelmarin, melakukan persetubuhan luar tabii dan mencabul kehormatan anak tirinya yang juga orang anak kurang upaya (OKU) pada 15 Disember tahun lalu.

Sejurus pengakuan bersalah itu, hakim Tuan Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun terhadap tertuduh, Ramli Ibrahim, 66, dari Kampung Kubang Bakong, Jalan Paloh Sungai Kiat, Kuala Terengganu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya, Masriwani Mahmud manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mengikut fakta kes, pada 15 Disember 2010, di kediaman tertuduh, di kampung Bakong Jalan Paloh Sungai Kiat, Kuala Terengganu, tertuduh telah bertindak memasuki bilik anak tirinya, yang berusia 44 tahun dan masih bujang serta mempunyai masalah pendengaran dan bisu di antara jam 12 hingga 7 pagi dengan bertindak menggosok badan mangsa, dan mencabulnya.

Tertuduh yang memakai serban dan berjubah putih ketika perbicaraan, turut bertindak secara luar tabii terhadap mangsa.

Dengan itu, tertuduh yang pernah mempunyai empat isteri dan tujuh anak itu didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan, kerana melakukan persetubuhan luar tabii dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Tuan Zainal menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun bagi kesalahan melakukan persetubuhan di luar tabii dan tiga tahun penjara bagi kesalahan mencabul yang berjalan serentak, bermula tarikh ditangkap, 4 Januari lalu.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment