Monday, May 9, 2011

Kerajaan Terengganu Galak Taska Dibuka Di Tempat Kerja

Ahmad Said bermesra dengan kanak-kanak di salah sebuah taska di Teluk Ketapang. - Gambar Utusan.

Kerajaan Terengganu mengharapkan agar lebih banyak Taska ditubuhkan terutama di tempat-tempat kerja yang dikendalikan oleh jabatan atau agensi masing-masing.

Kerajaan melalui Yayasan Keluarga Terengganu sedia membantu dengan melatih guru-guru dari segi kepakaran dan perlaksanaan kurikulum yang lebih berkesan.

Berikutan itu, Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM14 juta setahun bagi menguruskan Taska Permata yang diwujudkan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu melalui Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK).

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata sebanyak 32 buah Taska Permata yang diwujudkan di negeri itu adalah sumbangan kerajaan persekutuan.

"Setiap DUN di Terengganu masing-masing mempunyai sebuah Taska Permata yang disumbangkan kerajaan persekutuan," katanya selepas merasmikan Taska Permata Keluarga Kampung Teluk Ketapang yang disumbangkan oleh Syarikat Golden Pharos Berhad (GPB) serta penyampaian bantuan pakaian sekolah bagi DUN Seberang Takir semalam.

No comments:

Post a Comment