Lebih 100 orang menyertai gotong royong memasang atap rumah penduduk Kampung Meraga Beris, Kijal, Kemaman, pagi semalam.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Said turut menyertai program tersebut yang turut disertai pelbagai pertubuhan sukarela.
Melalui Program Jiwaku Bersama Rakyat Gotong Royong Memasang Atap Kediaman Orang Miskin Bersama Menteri Besar itu, penduduk kampung berkenaan bergotong royong memasang atap tujuh rumah penduduk kampung.
Program itu dianjurkan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Penyelaras Umno DUN Kijal, Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Meraga Beris dan Umno Cawangan Meraga Beris.
Unit Komunikasi Negeri
No comments:
Post a Comment