Tuesday, May 17, 2011

Merempit - MB Saran Ibu Bapa, Penjaga Rotan Anak

Ibu bapa dan penjaga disaran agar sekali-sekala merotan anak yang terbabit dengan gejala sosial seperti merempit sebagai pengajaran dan kesedaran kepada mereka.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, berkata beliau kesal dengan sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu memberi kebebasan terhadap anak-anak walaupun mengetahui mereka terbabit dengan gejala tidak sihat

Beliau berkata, masalah remaja terbabit dengan gejala merempit di Terengganu agak berleluasa dan menjadi salah sebuah negeri yang serius dengan gejala itu.

"Ibubapa perlu berani tegur anak-anak, macam satu budaya baru apabila ada ibubapa yang takut nak marah anak-anak," katanya ketika mengulas kejadian seorang kanak-kanak 11 tahun yang dilanggar mat rempit ketika lari dari sekatan polis di Kuala Terengganu petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, Ahmad Fakri Azni dari Kampung Seberang Baruh di sini, cedera parah dan kini koma akibat dirempuh mat rempit yang cuba lari dari sekatan polis kerana tidak mempunyai lesen memandu.

Ahmad Fakri yang patah tulang belakang, retak tempurung kepala dan luka di tangan serta badan, menerima tujuh jahitan di kepala dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu.

Remaja mat rempit berumur 18 tahun dan berasal dari Kampung Tok Imam Lapar, Kuala Telemong, Hulu Terengganu itu ditahan polis tidak lama selepas kejadian.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata untuk mengekang kegiatan mat rempit di jalanan, kerajaan negeri akan membina sebuah litar lumba di tapak yang sedang dikenalpasti.

"Kalau ada anak Terengganu yang mempunyai bakat dan minat nak jadi pelumba profesional, kita sedia latih mereka," katanya.

Beliau turut meluangkan masa melawat kanak-kanak itu yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital.

Menteri Besar telah meluangkan masa melawat Adik Ahmad Fakri Azni, 10, pelajar Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Chabang Tiga telah dirempuh dari belakang oleh remaja bermotosikal yang cuba meloloskan diri daripada sekatan polis di Kampung Seberang Baruh Sabtu lalu.

Mangsa yang patah tulang belakang dan retak tempurung kepala menerima tujuh jahitan di kepala turut mengalami luka di bahagian badan dan tangan serta masih dirawat di hospital.

Semasa kejadian, mangsa yang sedang menunggang basikal melambung dan tercampak kira-kira 10 meter dari lokasi kejadian akibat rempuhan kuat motosikal Ex-5 milik mat rempit yang yang juga seorang anggota Rela.

Remaja berusia 18 tahun dari Kampung Tok Imam Lapar, Kuala Telemong itu berjaya ditangkap oleh orang ramai yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Menteri Besar kemudiannya berpuas hati dengan perkembangan kesihatan Ahmad Fakri yang sudah boleh bercakap dan boleh mengingati kemalangan yang berlaku.

Berikutan itu Kerajaan negeri bercadang untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di semua kawasan yang dikenal pasti bagi mencegah berlakunya perlumbaan haram oleh kumpulan remaja yang digelar mat rempit di negeri ini.

Ahmad Said berkata,bila ada CCTV, gambar aksi mereka dapat dirakam dan akan panggil ibu bapa mereka untuk melihat kegiatan anak-anak mereka yang mendatang bahaya kepada orang ramai.

“Saya akan minta kerjasama pihak polis untuk kenal pasti kawasan itu dan kerajaan akan pasang CCTV,” katanya.

Hadir sama, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Encik Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid; dan Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Mohamad Omar.

“Al hamdulillah, Ahmad Fakri sudah semakin pulih dan ingat apa yang berlaku, mengikut kata doktor yang merawatnya tadi dua tiga hari lagi boleh balik ke rumah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke wad berkenaan.

No comments:

Post a Comment