Saturday, May 7, 2011

Mizi Sports Centre Dijangka Labur RM1 Juta di Terengganu

Butik sukan, Mizi Sports Centre sebuah rangkaian kedai peralatan sukan, kini melebarkan sayapnya ke Pantai Timur dengan pelaburan RM1 juta untuk membuka satu cawangan di Pasaraya KB Mall, di Kota Bharu.

Pengarah Urusannya, Mohd Azmi Mat Nayan berkata cawangan itu adalah yang ke-lapan selepas tujuh cawangan lain di Negeri Sembilan, Selangor dan Perak.

"Kami memilih Kota Baharu sebagai lokasi untuk pembukaan cawangan pertama di Pantai Timur bagi memenuhi peningkatan permintaan keperluan pelanggan di kawasan itu."

"Ia juga selari dengan hasrat kami untuk melengkapkan kehadiran butik ini di setiap wilayah di negara ini bagi fasa permulaan," katanya kepada pemberita selepas perasmian cawangan baru itu.

Mizi Sports Centre menawarkan rangkaian jenama sukan utama dan antarabangsa seperti, Nike, Adidas, Puma, Reebok, Umbro, Lotto, Line7 dan Kappa dan kelengkapan menyeluruh yang merangkumi semua jenis sukan seperti pakaian kasual, peralatan sukan dan aksesori seperti baju T, kasut, beg, bola, seluar dan stoking selain kelengkapan untuk lelaki dan wanita.

Ia juga menyediakan produk terkini dan berteknologi tinggi untuk barangan sukan khusus seperti bola sepak, futsal, olahraga, tenis dan badminton.

Mohd Azmi berkata Mizi Sports Centre menawarkan urusan pembelian produk dan pakaian sukan kepada syarikat-syarikat korporat dan ejen persendirian pada tawaran harga istimewa.

Bersempena pembukaan cawangan itu, katanya syarikat itu turut menawarkan diskaun istimewa untuk semua produk selama satu bulan mulai hari ini.

Selain itu, beliau berkata Mizi Sports Centre dijangka membuka beberapa cawangan lain di Wilayah Persekutuan, Melaka, Terengganu, Johor dan Kedah dengan nilai pelaburan antara RM1 juta dan RM2 juta untuk setiap caangan.

Yang turut hadir ialah penjaga gol kebangsaan dan Pasukan Red Warriors, Kelantan, Mohd. Khairul Fahmi Che Mat yang dilantik sebagai duta syarikat itu.

No comments:

Post a Comment