Monday, May 16, 2011

Kejuaraan Club Prix AAM - Zaidy Buktikan Sebagai Pelumba Terbaik

Pengurus Kanan Petronas Motorspots, Khaled Abdul Aziz (depan) menyampaikan hadiah kepada Zaidy (tengah) sambil diperhatikan Rozaliman (kiri) dan Adli selepas berakhir pusingan ketiga Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Kuala Terengganu kelmarin.

Pelumba pasukan Motul YY Pang Racing, Zaidy Mohd. Zaifaizal membuktikan dirinya sebagai pelumba terbaik di Litar Gong Badak selepas mengungguli perlumbaan kategori CP115 pada Pusingan 3 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2011 kelmarin.

Pada perlumbaan di Litar Gong Badak, Kuala Terengganu sepanjang 0.932 kilometer (km) itu, Zaidy yang bermula dari petak ke-13 berjaya menamatkan perlumbaan di tempat pertama dengan catatan 8minit: 37.787 saat.

Kemenangan itu sekali gus mengulangi kejayaan sama yang dicatat pelumba kelahiran Pulau Pinang itu pada edisi kejuaraan tahun lalu.
"Litar Gong Badak adalah litar kegemaran saya. Cuma saya bermula agak perlahan pada sesi ujian masa dan kelayakan. Namun pengalaman beraksi di litar ini sejak beberapa tahun lalu termasuk muncul juara pada 2010 memberi banyak kelebihan," kata pelumba berusia 20 tahun itu.

Lebih manis lagi, kemenangan yang diraih Zaidy di litar itu merupakan kemenangan keduanya bagi musim 2011 selepas turut muncul juara pada perlumbaan Pusingan 2 di Batu Kawan bulan lalu.

Kejayaan itu sekali gus memberi kelebihan kepadanya untuk menguasai kedudukan keseluruhan kategori CP115 dengan 66 mata, 14 mata di hadapan pelumba Petronas Syntium Moto Yama AHM, Shahril Izzuwan Mohd. Noor.

"Saya rasa, jentera pasukan kami begitu baik hari ini (semalam)," jelasnya.
Sementara itu, hajat pelumba Yamaha ZAR Racing Motorsport, Mohd. Rozaliman Zakaria untuk meraih kemenangan sulungnya musim ini tidak kesampaian selepas sekadar menduduki tempat kedua dengan masa 8:41.243s.

Tempat ketiga bagi kelas CP115 pula menjadi milik Mohd. Adli Salihin dari pasukan Yamaha Motul YY Pang dengan catatan 8:41.403s.

Sementara itu pauskan Honda Harian Metro TEO SOk Honda Racing, Azlan Shah Kamaruzaman,27, membuktikan kehebatannya apabila menjuarai kategori CP130 dalam pertandingan akhir yang berlangsung di litar Stadium Sultan Mizan, Kuala Terengganu, petang semalam.


Kehebatan pelumba dari Shah Alam itu terserlah apabila berjaya memintas diselekoh terakhir pelumba Ahmad Fauzi Sham dari pasukan Pennxol Fasrtrac Racing yang berada dihadapan sekali bagi ketika itu dan memecut laju meninggalkan pelumba lain.

Azlan Shah yang cuba memberi tentangan dan mengikut rapat Ahmad Fauzi yang berada dihadapan dan bertindak berani dengan memintas pencabarnya itu dan terbukti berhaisl membawa kejayaan.

Beliau gembira kerana usahanya itu berhasil untuk mengekalkan kejuaraan kedua selepas berbuat demikian di pusingan kedua di Batu Kawan, bulan lalu.

Azlan Shah mencatat masa terpantas 41.446 saat dan mengumpul masa 10.30.07 saat dalam perlumbaan 15 pusingan itu.

Ahmad Fazrul sekdar berpuashati ditmpat kedua dengan catatan mas a41.458 saat dan tempat ketiga Ahmad Fuad Baharuddin ( Yamaya Mator Racing) dengan catataan masa terpantas 41.508 saat.

No comments:

Post a Comment