Manfaat itu turut dikongsi peserta pameran dari kalangan pelajar sekolah, Institusi Pengajian Tinggi seluruh negara dan syarikat korporat yang mempromosikan perkhidmatan dan produk mereka kepada peserta persidangan dari seluruh dunia itu.
Seorang peserta pameran, Pembantu Promosi Tesdec, Dzulhairi Muda, berkata persidangan itu memberi peluang kepada pusat kemahirannya meluaskan publisiti dalam memperkenalkan kursus yang disediakan kepada lebih ramai kumpulan sasar terutama ahli akademik dari negara asing.
“Persidangan yang mengumpul ramai peserta asing ini antara program yang dapat mengembangkan lagi usaha Tesdec mempromosi pusat kemahiran kami ke serata dunia dan menarik minat bagi menjalinkan kerjasama dua hala dengan pusat pendidikan dari luar negara,”katanya.
Seorang guru koordinator kelab reka cipta Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Lagam, Tun Othman Tun Abu Bakar, pula berbangga kerana produk hasil ciptaan pelajar sekolahnya berpeluang menyertai pameran sempena persidangan itu.
“Sekurang-kurangnya pameran ini mampu memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana berinteraksi dengan orang ramai yang berminat mengetahui mengenai dua reka cipta kami yang sudah memenangi pertandingan peringkat antarabngsa baru-baru ini.
“Selain itu, pelajar juga mendapat pendedahan dan berkongsi pengalaman dengan peserta yang lain bagi meningkatkan lagi kualiti produk yang dihasilkan ini,” katanya yang menghasilkan `The Kinetic Charger’ dan `2 in 1 Solar-product’.
Seorang pelajar kelab reka cipta itu, Adibah Rumaisa Azmi, 14, seronok dapat menyertai pameran itu dan dia yang meminati bidang sains dan teknologi terutama dalam aspek mereka cipta produk yang mampu memberi manfaat kepada kepada umum mengakui teruja untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai hasil reka cipta sekolahnya itu kepada orang ramai.
“Saya rasa seronok kerana banyak faedah kami dapat daripada pameran ini. Kalau boleh saya mahu bawa dan perkenalkan produk kami ke seluruh negara,” katanya lagi.
Program dua hari itu menghimpunkan 262 saintis, jurutera dan ahli akademik dari 16 negara seluruh dunia bagi membentangkan hasil kajian terkini dalam bidang kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Pembuatan dan kejuruteraan Kimia sempena persidangan julung kali anjuran TATiUC.
Unit Komunikasi Negeri
No comments:
Post a Comment