Penolong pengurus pasukan, Faisal Zakariah berkata, setelah sekian

"Beberapa perlawanan lalu menunjukkan cuma keputusan seri dan yang sering tidak menyebelahi kami tetapi selepas menewaskan Harimau A, kami nampak momentum, moral dan keyakinan pasukan sudah pulih dan meningkat.
"Perlu juga diingat bahawa Harimau A walaupun turun tanpa tonggak yang direhatkan, masih sebuah pasukan yang liat dan bertenaga muda sekali gus ia satu kemenangan yang dicapai melalui jalan yang tetap berliku.
"Pendekatan kami di Kuala Terengganu (malam ini) ialah meneruskan momentum sebagus menentang Harimau A walaupun kami tahu lawan memiliki rekod gelanggang sendiri yang cukup baik," katanya.
Menduduki tangga keenam ketika ini, kelab dari Kuala Lumpur itu bagaimanapun menewaskan anak buah Yunus Aliff yang turut dibarisi ramai bekas pemain kebangsaan, 2-0 di ibu kota dalam pusingan pertama liga lalu.
Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment