Sunday, May 8, 2011

T-Team Kecundang Lagi, Terengganu Menang Besar

Pemain Terengganu berpesta gol menewaskan Kuala Lumpur 4-0 malam kelmarin. - Gambar Harith Fadzilah.

Pada ketika Terengganu mengutip mata penuh, persoalan mengenai nasib T-Team timbul semula, apakah ia kini semakin jelas ‘jaguh kampung’?

T-Team yang baru-baru ini mendapat teguran Menter Besar, Datuk Seri Ahmad Said kembali kecundang di Stadium Utama Negeri, Kangar, Perlis malam kelmarin apabila ditundukkan oleh Perlis 2-1.

Sedangkan minggu lalu Perlis dibelasah pasukan Terengganu 3-1 di Kuala Terengganu dan kekalahan itu berlaku selepas Kedah apabila T-Team di depan hasil jaringan Mohd Haris Safwan Kamal pada minit ke-17.

Gerakan solo Mohd Rizal Ghazali menewaskan penjaga gol T-Team, Mohd Syamsuri Mustafa pada minit ke-25.

Syed Abdul Ghaffar Syed Amir meledak gol kemenangan Perlis empat minit sebelum permainan tamat.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu mengutip tiga mata penuh untuk terus mengekori Kelantan dan Selangor, selepas mengalahkan Kuala Lumpur 4-0.

Abdul Hadi Yahya membuka jaringan pada minit ke-18 dengan menewaskan penjaga gol Kuala Lumpur, Norazlan Razali untuk mendahului babak pertama dan Manaf Mamat menambah jaringan (m-52) selepas menyempurnakan hantaran Ashaari Shamsudin.

Terengganu terus mengasak dan memperoleh gol ketiga menerusi Helmi Remeli yang bijak melepasi pertahanan Kuala Lumpur pada minit ke-65 sebelum Manaf melengkapkan kemenangan hasil percubaan dari luar kotak penalti pada minit ke-75.
Mohamad IV, malam tadi.

Kelantan pula kekal menerajui Liga Super selepas menang 2-0 ke atas Kedah, dengan pesaing terdekat, Selangor turut mengumpul tiga mata penuh selepas menewaskan Johor FC 3-2 di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Di Stadium Sultan Mohamad IV, Khalid Jamlus meledak gol pembukaan Kelantan pada minit ke-54 selepas memanfaatkan hantaran lintang Nurul Azwan Roya, dan S Chanturu melebarkan jaringan menerusi rembatan padu minit ke-66.

Di Stadium Shah Alam, Selangor bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Johor FC 3-2 selepas pelawat di depan menerusi rembatan Syahrizal Saad pada minit ke-22 yang menewaskan penjaga gol, Saiful Amar Sudar.

Namun bermula babak kedua, Selangor bingkas dengan tiga gol dalam tempoh kurang 15 minit menerusi Rudie Ramli (m-64), Mohd Amri Yahyah (m-69) dan Azidan Sarudin (m-78) sebelum Johor FC merapatkan jurang menerusi Mohd Khairul Ismail seminit kemudian.

Di Stadium Likas, Sabah terus mempamerkan kehebatan di gelanggang sendiri apabila menewaskan Negeri Sembilan 2-0 hasil gol lewat permainan Zainizam Marjan (m-68) dan Mohd Farid Idris (m-84).

Di Stadium MBPJ Kelana Jaya, FELDA United menundukkan Harimau Muda A, 2-0 hasil tandukan padu Liew Kit Kong (m-40) dan Nizaruddin Yusoff (m-76).

Di Stadium Perak, Ipoh, tuan rumah sekadar seri tanpa jaringan dengan Pahang.

No comments:

Post a Comment