Tuesday, May 31, 2011

UniSZA Anjur Icotos 17 Julai

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan menganjurkan Persidangan dan Latihan Pengurusan Ladang Walit Antarabangsa (Icotos) pada 17 hingga 19 Julai ini di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam (TTI) di Kuala Terengganu.

Dekan Fakulti Pertanian dan Bioteknologi UniSZA, Prof. Dr. Mat Zakaria berkata, program yang diadakan dengan kerjasama kerajaan negeri dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) merupakan satu peluang untuk mempertemukan ahli akademik, penyelidik dan pengusaha dari pelbagai negara untuk berkongsi kepakaran.

Menurutnya, sebanyak 16 kertas kerja akan dibentangkan oleh pakar dan pemain industri terbabit seperti Pengarah JPV, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaludin dan Pensyarah Kanan Universiti Pertanian Bogor, Indonesia, Prof. Dr. Arni Mardiastuti.

"Turut terlibat sebagai pembentang kertas kerja ialah Saintis Pusat Salim Ali dari India, Dr. Manchi Shirish; Pengarah Urusan Swiftlet Ecopark Group, Loke Yue Loong serta pegawai dari JPV, Dr. Kamaruddin Md. Isa dan Dr. Fadzilah Aini Abdul Kadir," katanya kepada Utusan Malaysia di Kuala Terengganu, semalam.

No comments:

Post a Comment