Felcra Berhad memperuntukkan RM21 juta untuk Program Bantuan Rumah (PBR) di seluruh negara di bawah konsep baik pulih dan bina baru untuk golongan miskin, kata Pengerusinya Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
Beliau berkata pelaksanaan PBR adalah selaras dengan matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah untuk menaik taraf sosio ekonomi rakyat luar bandar.
"Sebanyak 372 unit rumah dibina baru dan 248 unit rumah dibaik pulih di seluruh negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan PBR Parlimen Pasir Salak semalam.
Beliau berkata, PBR merupakan usaha kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk membantu rakyat miskin tegar yang memerlukan tempat kediaman lebih selesa.
Katanya Felcra diberi tanggungjawab sebagai jentera pelaksana untuk program tersebut di Perak, Kelantan, Terengganu dan Sabah.
Tajuddin berkata ia juga sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melihat rakyat memiliki rumah sendiri dan Felcra akan terus merealisasikan matlamat itu sehingga mencapai sasarannya.
No comments:
Post a Comment