Wednesday, June 1, 2011

Futsal Terengganu Sasar Emas SUKMA

Berbekalkan pemain berpengalaman dalam pelbagai kejohanan besar, pasukan futsal yakin mampu menyumbangkan emas kepada kontinjen Terengganu pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) Ke-14 di Kuala Lumpur mulai esok hingga 12 Jun ini.

Keyakinan itu diperkukuhkan lagi apabila Khairul Zamzuri Zulkifli yang bertindak sebagai penjaga gawang, pernah dinobatkan penjaga gol terbaik dalam Liga Institut Pendidikan Tinggi (IPT).

Bagaimanapun, pasukan futsal diingatkan agar tidak terlalu yakin, sebaliknya perlu bekerja keras bagi memastikan pingat emas menjadi milik Terengganu.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Zainal Abidin Hussin berkata, meskipun acara fustal baru pertam
a kali diperkenalkan pada temasya Sukma, namun berdasarkan pencapaian cemerlang yang dipamerkan ia bukan sesuatu yang mustahil.

“Kita menaruh harapan tinggi, pasukan kita (futsal) mampu mencapai sasaran yang ditetapkan berdasarkan latihan konsisten yang dilakukan sebelum ini.

“Tetapi paling penting, kita berharap semua pemain akan mengekalkan disiplin diri yang tinggi dan menjaga pemakanan masing-masing bagi mengelak sebarang perkara yang tidak diingini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pusat latihan futsal di Sports Planet, Gong Badak, Kuala Terengganu.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment