Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) turut memainkan peranan menghadapi kedatangan pelancong ke daerah ini yang dijangka bertambah apabila kawasan bebas cukai di Tasik Kenyir beroperasi kelak.
Yang Dipertua MDHT, Talaha Ali berkata, persiapan tersebut bukan sekadar merangkumi prasarana atau infrastruktur, tetapi juga aspek sikap khususnya pemilik restoran dan kedai makan kerana ia akan menjadi tumpuan pengunjung.
“Sebagaimana sedia maklum, kerja ke arah menjadikan Tasik Kenyir sebagai kawasan bebas cukai kini rancak dijalankan dan pembangunan ini secara tidak langsung menggalakkan lagi kedatangan pelancong ke daerah ini.
“Sehubungan itu, selain prasarana disediakan untuk kemudahan semua pihak, kita turut mengharapkan pengendali makanan dapat meningkatkan tahap kebersihan di premis perniagaan masing-masing,” katanya.
Sinar Harian
No comments:
Post a Comment