Saturday, June 18, 2011

Pertandingan Gamelan Kebangsaan Mulai 29 Oktober

Kerajaan negeri dengan kerjasama Muzium negeri akan menganjurkan pertandingan gamelan peringkat kebangsaan 2011, Oktober depan.

Pertandingan selama dua hari mulai 29 Oktober yang terbuka kepada semua kumpulan gamelan Melayu di negara ini, antara lain bertujuan mengangkat martabat seni itu ke tahap lebih tinggi.

Muzium negeri dalam satu kenyataan memberitahu, ia juga membuka ruang kepada pencipta, penggubah muzik serta pencinta gamelan untuk menonjolkan hasil-hasil ciptaan mereka kepada umum.

Sebanyak dua kategori gamelan dipertandingkan iaitu kategori gamelan Melayu tradisional dan gamelan Melayu Kontemporari/kreatif.

Menurut kenyataan itu, dalam kategori gamelan Melayu tradisional, kumpulan dikehendaki menyampaikan dua buah lagu iaitu satu lagu gamelan Melayu instrumental dan satu lagu gamelan Melayu secara vokal.

Dalam kategori gamelan Melayu kontemporari, kumpulan perlu mempersembahkan satu lagu gamelan Melayu sama ada instrumental ataupun vokal dan satu lagu Melayu kontemporari atau ciptaan sendiri.

Hadiah RM10,000 bagi juara kategori gamelan Melayu tradisional dan bagi kontemporari, RM5,000 bagi anugerah khas juri dan RM1,000 bagi anugerah pemuzik terbaik di samping RM3,000 bagi hadiah saguhati kepada kumpulan yang bertanding di pusingan akhir nanti.

Kumpulan yang berminat untuk menyertai dan inginkan keterangan lanjut pertandingan ini boleh menghubungi urus setia pertandingan melalui talian 09 6221444 atau layari laman http/:museum.terengganu.gov.my

No comments:

Post a Comment