Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-112 di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya pagi semalam membuat keputusan untuk meminta kerajaan negeri menyediakan tanah di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti untuk menjayakan Program Rumah Mampu Milik.
Program itu yang akan dilancarkan bulan depan menetapkan rumah adalah berharga RM220,000 ke bawah.
Mesyuarat selama hampir tiga jam bermula pukul 9 pagi itu turut di hadiri Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said serta beberapa menteri kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan. pagi ini
Permintaan itu dibangkitkan Perdana Menteri ketika mempengerusikan mesyuarat berkenaan.
Program berkenaan yang kemudiannya diperluaskan secara besar-besaran ke seluruh negara itu akan dilaksanakan melalui kerjasama pihak swasta bagi menawarkan harga rumah yang lebih berpatutan kepada golongan berkenaan.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Perdana Menteri mahu semua negeri mengenal pasti kawasan sesuai di semua daerah untuk menyegerakan rancangan yang akan membantu lebih ramai golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah.
Program Rumah Mampu Milik diperkenalkan selepas kerajaan mengambil kira keluhan orang ramai termasuk di laman-laman sosial bahawa amat sukar untuk mendapatkan rumah di bawah lingkungan RM220,000 terutamanya di Lembah Klang.
Mohd. Ali berkata, mesyuarat yang berakhir pukul 12.30 tengah hari itu turut membincangkan mengenai isu-isu berbangkit antaranya berkenaan Dasar Tenaga Boleh Diperbaharui dan keadaan infrastruktur di negeri-negeri.
No comments:
Post a Comment