Program yang bermula sejak Sabtu lalu adalah siri jelajah bagi memperkasa kempen Melawat Terengganu, selain mengukuhkan imej dan penje
namaan produk serta destinasi pelancongan supaya lebih berdaya saing dengan negeri dan negara di rantau ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, berkata melalui pesta ini, pengunjung dapat melihat sendiri keunikan kebudayaan kampung di Terengganu.
“Sepanjang pesta ini, pengunjung dapat menikmati makanan seperti nasi dagang dan keropok serta melihat sendiri keunikan kesenian dan kraf Terengganu kerana semuanya dibawa ke Menara Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur kelmarin.
Hadir sama, Pengerusi Menara Kuala Lumpur, Tan Sri Md Radzi Mansor dan Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Terengganu Ahmad Fathil Abd Ghani.
No comments:
Post a Comment