Thursday, June 23, 2011

Ribut: Hampir 1,000 Rumah Berdaftar Untuk Dapatkan Bantuan JKM

Lebih 1,000 pemilik rumah di sini yang mengalami kerosakan akibat ribut pada Ahad lapas telah berdaftar untuk mendapatkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri setakat ini.

Pengarah JKM negeri Zuhami Omar berkata daripada jumlah itu 314 buah di kawasan Manir diikuti Wakaf Mempelam (218), Bukit Tunggal (150) dan Batu Buruk (140).

“Banyak lagi rumah-rumah di kawasan lain yang terlibat tetapi tidak berdaftar dengan jabatan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Kuala Terengganu, semalam.

Ribut tersebut dianggap yang terburuk dalam sejarah di Kuala Terengganu.

Zuhami berkata JKM dalam proses untuk membantu mangsa-mangsa tersebut dalam masa terdekat ini.

Beliau berkata sesetengah daripada mangsa-mangsa itu telah menerima bantuan daripada wakil rakyat dan tidak kurang juga yang mengambil inisiatif sendiri.

Katanya jabatan mempunyai peruntukan yang mencukupi untuk diberikan bantuan mangsa-mangsa ribut itu.

No comments:

Post a Comment