Sunday, June 5, 2011

Sepaktakraw - 16 Pasukan Sertai Prakelayakan Super Series

Sebanyak 16 pasukan akan menyertai Kejohanan Prakelayakan Super Series Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) di Melaka mulai Khamis hingga Ahad depan.

Naib Presiden PSM, Mohd Shapian Ali berkata, antara pasukan yang turut serta adalah pasukan negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Kejohanan ini untuk memilih lapan pasukan terbaik dan memperolehi mata tertinggi untuk menyertai grand final bagi merebut Piala Perdana Menteri,” katanya di Melaka hari ini.

Mohd Shapian berkata, prakelayakan Super Series itu akan diadakan sebanyak tiga siri iaitu di Melaka 9-12 Jun, diikuti Perlis 23-26 Jun dan siri ketiga di Pulau Pinang dari 15-17 Julai.

Beliau berkata, kejohanan itu juga untuk menentukan pasukan divisyen satu dan divisyen dua yang akan bertanding dalam kejohanan Super Series tahun ini.

No comments:

Post a Comment