Friday, June 3, 2011

Singapura Pasaran Pelancongan Terbesar Malaysia

Kira-kira 13 juta pelancong dari Singapura melawat Malaysia tahun lalu, meningkat sebanyak 2.4 peratus berbanding 2009, menjadikan negara-bandar ini pasaran sumber pelancongan terbesar Malaysia.

Menyatakan demikian, Pemangku Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Azizan Noordin berkata ia menjana hasil pelancongan RM28.4 bilion untuk Malaysia.

"Ini telah membantu kami untuk mencapai jumlah kedatangan pelancong 24.6 juta dengan pendapatan hasil RM56.5 bilion," katanya pada sidang akhbar bersempena Festival Fesyen Islam dan majlis jamuan "Terima Kasih" di Singapura, semalam.

Turut hadir Duta Besar Malaysia ke Singapura Datuk Hussin Md Nayan dan Pengarah Pelancongan Malaysia bagi Singapura Zalizam Zakaria.

Azizan berkata, di antara produk pelancongan Malaysia, program homestay paling popular di kalangan rakyat Singapura, yang mewakili hampir separuh daripada pelancongan homestay.

Beliau berkata Malaysia mempunyai 140 kampung yang menawarkan program homestay, dengan 3009 rumah menawarkan penginapan seumpama itu mengandungi sekitar 4023 bilik.

No comments:

Post a Comment